Heyaa gais! Nice to meet chu

Saturday, 7 February 2015

First Impression



FIRST IMPRESSION




First impression tu penting dude sebab dari situ orang akan menilai kau dari zero to hero. Kau tau kan, segala tingkah laku kau, cara percakapan kau, lengang lenggok tubuh kau, semuanya diperhatikan dan semua yang diperhatikan itu akan dijudge. Ohh trust me, benda ni betul kot. Okay, macamlah kau tak pernah judge orang kan? Okay contoh, kau jumpa sorang budak masa kau beratur nak beli KFC, and yeap kau tak kenal siapa dia and dia pun tak kenal siapa kau. Kau dah lama beratur berbaris panjang nak order KFC but budak tu selamba badak potong barisan kau. Kau marah tak? And guess apa yang kau fikir pasal budak tu. Kurang ajar. Biadap. Yeap. That’s it. Itulah first impression dude. Masa tu kau akan nilai dia tanpa fikir dah ayat paling famous abad ni TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Heh. Betapa annoyingnya dunia. Same goes kalau kau nak pergi temuduga, mesti kau akan buat yang terbaik, cakap pun sopan santun je, gigi lebih lembut dari lidah semata-mata nak ambil hati para penemuduga supaya dia ambik kau bekerja. Cuba kalau kau buat sikap kurang ajar, kau rasa dia nak terima kau tak? Ataupun dia kata, takpalah kita boleh berkenalan dulu ye la tak kenal maka tak cinta kan, so lepas dah berkenalan baru saya putuskan nak ambil awak bekerja atau tak. Heh. Of course la tak weh. Terus dia tendang kau keluar, adalah.


So di sini aku nak tegaskan…



Tunjukkanlah perangai yang baik sikit. Jangan kau ingat, jangan kau rasa kalau kau pergi satu tempat baru di mana tak der sapa mengenali kau, kau boleh buat perangai. Adehh.. Kau di zaman mana der, zaman kesultanan Melayu Hang Tuah ke? Ni zaman moden abad ke 21, setiap manusia yang bernafas di muka bumi ni ada satu TABIAT iaitu  SUKA MENGHAKIMI.




Aku tak kata kita tak boleh nak judge orang apa semua. Dah fitrah kot bila nampak something pelik sikit je mulut kau terus berfungsi nak komen macam-macam cuma kalau kau tak nak dilabel macam-macam, berubahlah.



Biar kau punya first impression kat orang, orang label kau WAH BUDAK NI BAIK even kau sebenarnya tak la baik mana pun..









K chaw


1 comment:

Anonymous said...

sumpah betul