Heyaa gais! Nice to meet chu

Thursday, 25 June 2015

Ketuat - Laser - Klinik KO

Heya and hye,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

                Just nak cakap yang aku bahagia sangat, hahhaa okay, tak mo riak. So today aku nak cakap pasal laser treatment yang aku buat masa cuti sekolah 2 weeks dulu.

TBH aku ada ketuat since form one or two lepas aku pindah dari Gombak Setia and ramai yang hindari aku because of my 'ketuat' ni. Mula tu memang rasa sedih la jugak sebab tak pernah rasa kena pinggir macam ni but thanks kepada classmates aku yang tak malu nak kawan dengan aku. Even ada jugak yang sok sek mengutuk sana sini but i try my best untuk buat pekak telinga je. Mula-mula tu dia macam jerawat tau tapi lama-lama dia semakin membesar. Abah bawak gi satu klinik melayu ni and guess what, diorang kata diorang tak tahu ni benda apa but diorang still bagi antiobatik. Katanya itu maybe bengkak je. But my dad tak putus asa, dia bawak pergi macam macam jenis klinik and again, setiap klinik ada falsampah tersendiri, ada yang kata just jerawat biasa, ada yang kata sejenis tanduk yang 1 daripada sejuta orang so yes masa tu aku dah nangis kuat-kuat. Sampai satu masa ni aku benci doktor, aku tak percayakan doktor dah. Bagi aku doktor kena tenangkan pesakit bukannya ambil kesempatan terhadap duit pesakit.



But thanks god ada satu doktor tu dia rekomenkan KLINIK KO, he said, klinik ko the klinik pakar terbaik yang pernah dia kenal so dia suruh abah buat appointment asap. Katanya aku dah besar and aku patut lalui usia-usia remaja aku dengan gelak ketawa, bukannya menyorok bawah selimut sebab malu nak berinteraksi dengan dunia luar.



Hari tu pergi klinik ko. Tak ramai pun yang ada maybe sebab dia klinik kulit bukannya klinik biasa. Masa pergi tu terus jumpa doktor. Tak silap Dr.Jonathan and he's so nice and kind, ceh. Dia tengok je my ketuat dia terus ceritakan serba sedikit pasal ketuat ni sambil dia capai ipad dia and search about ketuat kat google and tunjukkan kat aku, mama ngan abah. Then dia syorkan laser and dia tanya mama and abah whether setuju or not nak buat laser tu and abah setuju.



Aku terus masuk bilik rawatan tu. Mula-mula dia suruh aku baring kat katil. Ada sorang nurse cina yang turut ada dalam bilik tu. That nurse tolong aku serba sikit, tenangkan aku and bla bla. Dia kata dia nak suntik aku so aku ingatkan dia nak suntik kat tangan haha rupanya dia suntik kat ketuat aku, Doktor duduk kat belakang kepala aku sebab my ketuat kat dahi en. Dulu aku ingtakan aku je paling pelik sebab ada ketuat kat dahi and besar tapi dia kata ada ramai lagi yang ada kat muka and lagi besar dari aku, and ada yang ada banyak ketuat kat muka. So dia kata jangan risau because he will help me. Masa suntik tu sakit la jugak sampai aku nangis but nurse tu tennagkan aku. Dia kata everything gonna be okay. Masa nak mula laser tu nurse tu bukak something yang macam vakum, idk apa benda tu sbeba tak nampak sangat yang pastu dia bunyi bising and bau macam vakum. Tapi tak panaslah sebab dalam bilik tu ada air cond. Aku tak sedar pun yang doktor tu dah mula 'bertarung' dengan ketuat aku. Sebab dia tak rasa apa-apa. Sumpah weh.. Aku tau pun sebab masa tu aku nak bergerak tapi nurse tu kata jangan bergerak, doktor tengah buat kerja, hiks,


Tapi ada jugak kadang-kadang sakit tapi dah biasa dah sebab ketuat ni memang kalau aku duk kat rumah saja-saja pun dia akan sakit. Aku berikrar nak tahan je even sakit macam mana pun sebab aku nak jadi macam orang lain, aku dah tak nak orang pandang aku macam aku ni raksasa. Tapi bila kadang-kadang sakit tu aku akan gengam selimut kuat-kuat pastu doktor tu akan berhenti and tanya aku 'sakit ke?' maybe dia nampak kot ye la dia kan duduk kat belakang kepala aku so mestilah dia nampak en aku buat apa.


Kadang-kadang rasa macam bau hangit sikit ye la kan laser tu membakar. Aku rasa tak samapi satu jam pun dia buat laser tu sebab aku rasa kejap je. After buat laser tu nurse ada sapukan ubat then dia bebrual dengan aku, tanya itu-ini. TBH aku suka nurse tu sebab dia baik sangat. Aku tak berani nak tengok cermin kat klinik tu sebab aku takut aku akan kecewa ceh. Lepas tu dia ada bagi krim and ubat antibakteria. Pastu dia kata lagi one month jumpa lagi dia nak tengok ketuat tumbuh balik ke tak,


Ohh ya, before buat laser tu dia ada cakap kemungkinan ketuat tu akan tumbuh balik but masa my dad tanya 'betul ke akan tumbuh balik?' the doc balas 'selama ni kat klinik ko tak pernah yang tumbuh balik but kalau kat klinik lain tak taulah' masa tu aku rasa kemungkinan tumbuh balik tu memang ada je even dia dah jamin tak pernah lagi pelanggan ko yang tumbuh balik ketuat. Yes aku memang negatif sebab aku paranoid. Pastu dia kata lagi dia akan laser sikit je, tak sampai habis sebab dia kata nanti kalau dia buat sampai habis dia risau kalau nanti berlubang, So lepas laser tu dia macam tinggal lagi sikit kesan ketuat tu and warna hitam (kesan terbakar tu). Nurse tu kata jangan sentuh benda tu sebab kat tanganlah paling banyak bakteria jahat and dalam one till two weeks benda tu akan tertinggal sendiri, Aku buat hari rabu ke hari khamis aku tak ingat tapi yang pasti hari ahad tu before aku balik asrama dia dah hilang, yang hitam tu dah tertanggal. Alhamdulilah. Oh, sebelum terlupa, kalau nak sapu ubat cream tu kena guna benda lain such as kapas or yang korek telinga tu.



Lepas je buat laser tu mama terus bawak aku shopping sebab laser tu langsung tak de kesan sampingan and tak de kena pantang-pantang makan apa semua. So lepas tu aku memang bahagia la bershopping cuma mama kata ada la sikt bau terbakar kat aku hahaha.





*sebenarnya doc tu kata asalnya ketuat aku ni jerawat tapi sebab aku suka picit jerawat sampai berdarah so bakteria tu merebak kat situlah. So girls, picit jerawat tu bahaya tau.






nanti next week aku kena gi jumpa doc lagi untuk appointment tu. Hope, dia bagi good new kat aku,




No comments: