Heyaa gais! Nice to meet chu

Saturday, 21 March 2015

Crush

Semua mesti ada crush kan,

Pasti,

Well, kau semakin membesar kan, mestilah ada even sikit perasaan suka or adore kat someone yang berlainan jantina dari kau kan.

Bagi aku crush ni kau minat dia dalam diam,

Kau minat dia gila-gila tapi hanya kau, Allah and maybe kawan-kawan kau yang boleh dipercayai je yang tau kau suka kat dia,

Makanya,

Crush ni mahu tapi malu ke acaner ni?

Naaaahhhh, actually crush ni kau suka dia tapi kau tak bagitau dia

Okay,,,

Cakap pasal crush

Aku pun ada, well

Crush ni

Kalau akulah,


First,

Aku akan bagi dia nama samaran, 'abang hensem' maybe, 'abang sado' maybe. Kalau macam 'capital A' ke 'capital Z' ke, erghh, aku dah tak pakailah weh capital-capital ni. So out-dated okeh.



Second,

Bila aku nampak dia dari jauh, contoh dia jalan kat koridor kelas aku ke, automaticly aku akan kuatkan volume suara aku hanya untuk tarik perhatian dia even dia tak dengar pun senanya. Sobs. See, betapa tak senonohnya anak Azhan ni but who cares?



Third,

Kalau dia lalu sebelah aku ke ataupun aku jalan kat belakang dia ke apa ke, aku akan hentak kaki kuat-kuat. Motif? Nak tarik perhatian dia. Hahaha. (jangan mengutuk okey sebab aku sure, korang punya tahap kegembiraan-bila-berdepan-dengan-crush-korang lagi dahsyat dari aku)



Fourth,

Aku akan mula selidik pasal dia, stalk insta, fb, twitter, senang cerita semua akaun dialah. (TAPI SUMPAH AKU TAK KOREK DARI SENI PEREMPUAN SEBAB OHMYGOD AKU TAK PERCAYAKAN DIORANG. KALAU NAK STALK  PLEASE JANGAN LIBATKAN ORANG YANG LEBIH TUA DARI KAU. TAMBAH-TAMBAH KALAU YANG KAU MINAT TU SENI KAU, OKEH?). Bermula dari situlah aku jadi stalker tak bertauliah yang paling berjaya sebab aku dapat cari sanak saudara dia punya akaun insta and fb. Kalau boleh aku nak ambik alamat rumah dia and buat baik dengan parents dia supaya senang sikit aku nak rapat dengan dia. Hahahaha. Annoying gila aku. Bukan ke kalau nak kat anak kena ambik hati mak dulu, kan? TAPI (AGAIN huruf besar) bukan cara aku lah nak follow or add dia, hello, kalau nak stalk haruslah secara rahsia en. Kalau kau follow dia haruslah kantoi dowh.



Fifth,

Kalau aku tau dia ada suka kat orang lain, aku akan terus bandingkan aku dengan si-dia-bertuah tu. Kalau si dia tu memang tersangat-sangatlah better dari aku, I'll meroyannn tahap petala kelapan. SE RI US. Tapi kalau si dia tu kurang sikit dari aku, aku akan sedapkan hati aku, 'sokay gurl, you are better than her'. Tapi selalunya, si dia tu memang better dari aku. Huh. Betapa pahitnya sebuah realiti.



Lastly,

Yang ni yang selalu aku buat....

PAGI PETANG SIANG MALAM aku akan bercakap pasal crush aku je. Dia itulah dia inilah sampai dormmates aku menyampah dengan aku. Sorry dowh. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku hahaha. Kau bayangkan, tengah kau makan, aku boleh sibuk mencelah semata-mata nak cakap pasal crush aku haha. Memang terus mati selera nak makan kau.



Ada crush ni best senanya tapi kau kena hati-hati sebab dari happy kau boleh sedih gila-gila.


Kalau crush kau single mingle tak pe,

Ni kalau crush kau ditakdirkan ada girlfriend,

Kau nak meroyan selama mana?

Kalau dia crush kat perempuan lain?

Kan dah jadi macam cinta tiga segi gitu



Tapi, cam biasa, kita manusia, fitrah nak suka orang tu memang tak de masalah. Tak salah pun kalau kau nak suka kat orang tu even dia dah berpunya tapi aku tak galakkanlah sebab kau-mungkin-akan-rosakkan-hubungan-orang-lain.



Kalau aku, masa nak cari crush aku akan pastikan dia single sebab sumpah, aku bukan nak bajet baik, aku akan rasa bersalah kalau suka kat someone yang dah jadi milik hak orang lain sebab aku berpegang pada 'kau rampas hak orang, orang akan rampas hak kau'