Perempuan.
Perempuan ni lemah
Perempuan ni jiwanya lembut
Perempuan ni tuturnya sopan santun
Tapi
Tu zaman dululah
Bagi aku zaman sekarang ni
Hmm
Perempuan lagi mengerunkan dari lelaki
Kalau dulu asal perempuan je baik
Asal perempuan je setiakawan
Asal perempuan je setia bagai nak rak
Asal perempuan je
Semua yang baik-baiklah
Sampai semua bangga menjadi seorang perempuan
Perempuan
Aduh
Susah nak cakap
Zaman sekarang ni bagi aku kualiti kawan memang zero, sifar
Masing-masing ya rabbi
‘Tak semua macam tu’ - peoples say
Ya aku tau
Aku cakap macam ni ‘like aku tujukan untuk semua perempuan
tapi actually tak semua perempuan cenggini’ – peoples say
Tapi en
Betullah pepetah melayu
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Sebab dua, tiga orang jenis manusia cengginilah
Aku jadi paranoid dengan perempuan even aku pun seorang
perempuan
Kau mungkin tahu
Atau
Mungkin juga tak
Atau
Tahu tapi buat-buat tak tahu atas nama
‘kita kan kawan’
Perempuan ni kan
Suka erm erm suka cakap belakang
Bagi aku
Perempuan ni memang lah drama queen terbaik abad ni
Di depan kau, dia memang kawan yang kau rasa dialah rakan
terbaik yang kau cari selama ni.
Kawan
yang kau rasa dia boleh pinjamkan bahu dia kat kau bila kau sedih, sakit,
kecewa or luahkan perasaan kau apa semua
Tapi
Kat belakang
Ya Allah
Macam-macam dijajanya cerita pasal kau
Macam-macam yang dia umpat, kutuk, maki kau
Tapi
Kau tak tahu
Kau still anggap dia yang terbaik
Kau still doakan yang terbaik untuk dia
Kau still cerita yang baik-baik je pasal dia
Kau still back up dia
bila ada orang mengata dia
And
Bila
Tetiba
Angin tak der
Ribut tak der
Kau tahu sebuah kebenaran
Kebenaran yang buat
kau terkesima, terkedu, terkaku
Kebenaran yang buat kau rasa, kaulah manusia paling bodoh
dalam dunia ni
Paling bengap sebab selama ni kau salah menilai dia
Kau jadi
Paranoid
Kau jadi
Takut
Dengan
Kawan yang berjantina perempuan
Ya
Kau tahu tak semua macam tu
Tapi
Itulah kenyataannya
Sekali kena tikam, kau tak mungkin akan jadi bodoh lagi
macam dulu untuk biarkan pisang berbuah dua kali
Hey trust me
Bila kau nak berkawan dengan kawan yang baru
Kau akan overthinking
Fikir, fikir, fikir and fikir again
Kawan baru kau ni macam mana perangai dia
Macam yang dulu ke?
Lagi teruk ke?
So
Bila kau kawan dengan dia
Kau jadi fake
Kau jadi someone yang bukan diri kau
Kau sentiasa berhati-hati
Tak nak tersilap langkah langsung
Kau cuba jadi perfect
Kau nak tutup semua compang camping kekurangan kau
Kau tak nak orang mengata kat belakang kau lagi
Sampai kau tak sedar
Kau bukan kau yang dulu
Kau bagaikan jasad bernyawa yang mengaturkan jalan tegas
untuk diri kau sendiri, supaya kau tak alpa, supaya orang tak dapat nak komen
kau sana sini
Kau bukan kau yang dulu lagi
Kau jadi fake
Fake
Kau jadi takut untuk menghadapi dunia realiti
Sebab
Kau terlalu fikirkan apa yang orang akan judge kau esp
perempuan sebab kata-kata diorang memang sentap, menikam menusuk kalbu jauh ke
dasar hati kau, merenggut keyakinan diri
kau, buat kau jadi tak yakin diri
Kau jadi overthinking
Kau fikir negative je
Kau tak tahu
Kau mungkin lupa
Apa pun yang kau buat orang akan tetap judge kau
Orang tetap orang
Manusia tetap manusia
Mulut akan tetap menjalankan fungsi
G
O
S
S
I
P
Till the end of their life
Poor them
Sampai bila nak hidup bergantung dengan menjaja cerita orang
je?
Sampai bila?
Memang lifeless!
So……
Pedulikan mereka
Tak semua perempuan cam tu ‘fikir baik’
Even hati kau tetap curiga
Even hati kau tetap was was
Gunakan akal kau, hasut akal kau suruh fikir baik
Sebab
Sampai bila kau nak jadi cenggitu
Jadi tak yakin diri
Jadi fake
Tu bukan kau yang dulu
Yang sentiasa happy gembira semua
Tu bukan kau
Bangkit
Bangkit
Sebab kelemahan kau buat diorang ketawa menang
Sebab kejatuhan kau buat diorang menari nari
Bangkit
Lawan diorang
Buktikan kau kuat
Setakat gossip
Umpat belakang keji maki semua
Alah
Tak lut la weh tak lut pun
Tetapkan dalam otak kau
‘perempuan tak leh tengok orang lebih dari dia’
Tetapkan dalam akal kau
‘kau takkan jadi cam tu sebab kau jenis perempuan yang lain.
Perempuan lain, bukan perempuan biasa
yang berlonggok kat pasar malam’
Pedulikan diorang
Don’t give a damn
Don’t give a fuck
Teruskan hidup kau dengan kehidupan yang gembira je
Buat serabut je kalau kau duk fikirkan sangat pasal kerenah
manusia yang memang takkan habis ni
No comments:
Post a Comment