Heyaa gais! Nice to meet chu

Wednesday, 29 July 2015

Alhamdulilah

Finally dapat jugak result sem 1. Terkejut? of course sebab tak sangka dapat result isnin ritu, ingatkan lama lagi nak dapat. Aku punya target simple je 'asalkan tak gagal and mesti 3.00 aku tak mo dapat bawah 3.00' tapi tipulah kalau tak nak dapat tinggi en. Dapat lebih 3.75, dapat dekan banggakan parents. Masa semua berharap dapat dekan semualah aku just doa lebih dari 3.00 pun dah cukup, syukur sebab exam hari tu susah so tak expect pape.


Bila isnin tu cikgu panggil top 10 aku dah senaraikan nama-nama yang bakal dapat. Ngeh, bila nombor 10 kenal panggil tu aku dah senyum dah sebab dak class aku yang dapat. Wahhh, saya bahagia untuk kamu. Then bila cikgu sebut nama aku, aku tergamam kejap, eh aku ke? tak nak la pulak perasaan sendiri pulak and waaaaaaaaaa tu memang aku.



Okay bahagia tu aku tak tipulah. Sapa tak bahagia en. Tapi takut juga senanya sebab kalau dah dapat tinggi aku takut kalau nanti mama ngan abah expect yang lebih tinggi nanti. Takut kalau nanti aku kecewakan dorang. Abah pun cakap jangan gembira sangat sebab masih banyak sem yang ada. Dia takut aku bangga sangat la sedangkan aku memang risau pun kalau-kalau terbangga apa semua. Heh mintak dijauhkan.




And abah pun kata, buktikan pada semua yang pilihan aku tak salah, yeap ramai yang pandang hina vokasional, untuk budak bodoh la apa lah. Heh, manusia memang lembab sikit otak berfungsi. Benda-benda baru dicemuh-cemuh, sedangkan nanti lama-lama dorang yang akan puji benda tu. Vokay ni bagi aku susah la jugak plus penat sebab kitorang punya jadual mula dari kul 8-5 tapi kata je kul 8 tapi masuk kelas kul 7.30. Assignment pulak masha allah memang banyak. Tak menang tangan. Dengan test, tuto semua. Allah memang mengucap habis. Masa mula-mula masuk tu aku rasa nak lari balik rumah, balik sekolah lama. Pastu dengan tanggapan masyarakat bila aku kata aku sekolah vokay memang patahkan semangat aku, Tapi aku redha sebab aku yang buat pilihan nak masuk vokay. Kitorang bukan berhuha huha je kat sekolah, bukan kitorang belajar benda bodoh je tapi belajar akademik jugak such bm, bi math and soon. Pastu kursus vokay bukannya semua lekeh lekeh, kitorang ada banking, marketing, web, animation and soon.




Bagi aku kalau sekolah menengah dulu bolehlah ngelat tak buat hw yang cikgu bagi, kelentong kata tertinggal la apa lah tapi kat vokay ni tak leh buat cenggitu. Bukan sebab cikgu garang tapiii kau pikir sendiri la, no hw, no assignment, no anything tak de la markah kau. So pilihan kat tangan kau. Dengan exam PA dia yang setiap hujung sem yang teramat susah tu. Woooo, memang nak tak nak kau kena buat jugak all those assignment yang pensyarah kau bagi.



Masa mula-mula dulu cikgu selalu kata exam susah, aku dah takut dah pastu banyak kali la aku kena repeat PB sebab ada markah yang aku rendah, cikgu kata PB la yang nak tolong markah nanti so aku pun buat lah. Kadang kadang aku nangis sebab aku tengok semua kawan pandai je. Tak payah pun nak repeat apa semua tapi then aku sedar, kalau tak salah kita tak belajar dari kesilapan ngeh. Aku selalu rasa takut, takut gagal la takut itulah inilah haish. Memang tak tenang hidup. Memang betul pun exam susah.



Ada yang cakap, halaaaaa kau vokay senang ah, soalan tak susah cam kitorang dak sc stream, dak akaun, dak agama or apa apa je lah. Weh, hidup ni sama je.. Semua susah, tak de yang senang. Asalkan kau berusaha, inshaallah kau akan dapat. Kalau kau dah usaha tawakal sehabis mungkin tapi tak dapat jugak, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kau. Jangan nak keluh sana sini. Jangan pernah kata 'alaaa kau dapat tinggi kau tak rasa lah apa yang aku rasa'. HELLoooo, aku pun pernah tau dapat markah rendah. Dalam 16 tahun ni baru first time agaknya aku dapat straight A's. And diharapkan lepas ni ada lagilah.




So, okay bye

Thursday, 25 June 2015

Your fucking friend

Kau mesti ada kawan en. Sadis sebenarnya nak kata yang kawan kau tu tak layak jadi kawan kau pun senanya. Bagi aku kawan ni tak wujud, mana mungkin ada kawan yang setia macam dalam buku cerita dongeng yang kau baca masa kecik-kecik dulu. Semua tu bullshit, menipu. Buat kita berharap macam prince charming semua tu. BULLSHIT.





Maybe depan kau dia baik je



Maybe depan kau dia tunjukkan betapa baiknya dia sebagai seorang kawan kepada kau, KAWAN KAU


Maybe depan kau dia luahkan masalah dia


Maybe depan kau kalau kau buat salah dia maafkan



TAPI



KAU



TAK



TAHU





AND




TAK



AKAN




PERNAH






TAHU




Kat belakang kau dia kutuk kau, maki kau, umpat pasal kau




Kat belakang kau dia tikam kau dari belakang





Kat belakang kau dia jaja masalah kau kat semua orang, semua rahsia kau aib kau dia jaja macam dia jual sotong kat pasar malam







Kat belakang kau dia burukkan kau, cerita yang kau buat salah dengan dia apa semua










And a minute after tu




Dia pergi dekat kau and act like nothing yang berlaku










And after that dia belakangkan kau kejap je tapi DIA DAH MULA TUNJUK BELANG








Kau sentiasa nak jaga hati  dia, sebab kau anggap once kawan selamanya kawan, kau masih berharap kau ada kawan sehidup semati macam yang kau baca buku masa kau kecik dulu




Kau jugak fikir kalau nak kawan yang baik kau kena jadi baik dulu so baru kau dapat kawan yang baik



So



Kau pendam je apa apa yang kau tak puas hati kat dia sebab kau tak nak dia sakit hati, kecewa


Kau tak kutuk dia even kawan kawan kau yang lain tengah sibuk bergossip pasal dia



Kau siap tegur lagi diorang, jangan kutuk dia, jangan maki dia apa semua



Kau buat tak tahu je even ada orang bagitau kau yang kawan kau tu kutuk kau jaja cerita buruk pasal kau kat belakang kau




Kau berhusnuzon sebab kau rasa kau dah cukup kenal dia





Kau tetap pendam even kau dah rasa nazak nak mati dah



Kau terlampau baik sangat sampai dia pijak kepala kau














Sampai satu hari kau dah tak der kawan sebab masa tu dia memang dah tunjukkan belang dia yang sebenar-benarnya






Masa tu kau rasa betapa bodohnya kau percayakan dia


Masa tu kau rasa kau orang paling loser dalam dunia ni


Kau dah tak de sapa sapa


Kau jalan sana kau jalan sini semua orang kutuk kau even kau tak pernah pun kutuk diorang



KAU TAU TAK, MULUT MANUSIA NI LAGI TAJAM DARI PISAU







KAU TAU TAK, MULUT MANUSIA BOLEH BUAT AKU MATI










And lagi parah bila dulu gambar korang dia post kat insta and caption dia tu menyakitkan hati kau






Kau berlagak kuat



Kau yakin kau tau janji Allah itu pasti




Kau tau and kau tau



Kau tahan nangis tapi kau just manusia biasa, tak lari dari menangis









And lepas tu kau memang lagi rela hidup sendiri





Kau rela tak de kawan yang bullshit macam ni





Kau rela being alone




Rather than being fooler yang senang diperkotak katikkan oleh insan berstatus KAWAN TIKAM BELAKANG, KAWAN FAKE, KAWAN BULLSHIT



Ketuat - Laser - Klinik KO

Heya and hye,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

                Just nak cakap yang aku bahagia sangat, hahhaa okay, tak mo riak. So today aku nak cakap pasal laser treatment yang aku buat masa cuti sekolah 2 weeks dulu.

TBH aku ada ketuat since form one or two lepas aku pindah dari Gombak Setia and ramai yang hindari aku because of my 'ketuat' ni. Mula tu memang rasa sedih la jugak sebab tak pernah rasa kena pinggir macam ni but thanks kepada classmates aku yang tak malu nak kawan dengan aku. Even ada jugak yang sok sek mengutuk sana sini but i try my best untuk buat pekak telinga je. Mula-mula tu dia macam jerawat tau tapi lama-lama dia semakin membesar. Abah bawak gi satu klinik melayu ni and guess what, diorang kata diorang tak tahu ni benda apa but diorang still bagi antiobatik. Katanya itu maybe bengkak je. But my dad tak putus asa, dia bawak pergi macam macam jenis klinik and again, setiap klinik ada falsampah tersendiri, ada yang kata just jerawat biasa, ada yang kata sejenis tanduk yang 1 daripada sejuta orang so yes masa tu aku dah nangis kuat-kuat. Sampai satu masa ni aku benci doktor, aku tak percayakan doktor dah. Bagi aku doktor kena tenangkan pesakit bukannya ambil kesempatan terhadap duit pesakit.



But thanks god ada satu doktor tu dia rekomenkan KLINIK KO, he said, klinik ko the klinik pakar terbaik yang pernah dia kenal so dia suruh abah buat appointment asap. Katanya aku dah besar and aku patut lalui usia-usia remaja aku dengan gelak ketawa, bukannya menyorok bawah selimut sebab malu nak berinteraksi dengan dunia luar.



Hari tu pergi klinik ko. Tak ramai pun yang ada maybe sebab dia klinik kulit bukannya klinik biasa. Masa pergi tu terus jumpa doktor. Tak silap Dr.Jonathan and he's so nice and kind, ceh. Dia tengok je my ketuat dia terus ceritakan serba sedikit pasal ketuat ni sambil dia capai ipad dia and search about ketuat kat google and tunjukkan kat aku, mama ngan abah. Then dia syorkan laser and dia tanya mama and abah whether setuju or not nak buat laser tu and abah setuju.



Aku terus masuk bilik rawatan tu. Mula-mula dia suruh aku baring kat katil. Ada sorang nurse cina yang turut ada dalam bilik tu. That nurse tolong aku serba sikit, tenangkan aku and bla bla. Dia kata dia nak suntik aku so aku ingatkan dia nak suntik kat tangan haha rupanya dia suntik kat ketuat aku, Doktor duduk kat belakang kepala aku sebab my ketuat kat dahi en. Dulu aku ingtakan aku je paling pelik sebab ada ketuat kat dahi and besar tapi dia kata ada ramai lagi yang ada kat muka and lagi besar dari aku, and ada yang ada banyak ketuat kat muka. So dia kata jangan risau because he will help me. Masa suntik tu sakit la jugak sampai aku nangis but nurse tu tennagkan aku. Dia kata everything gonna be okay. Masa nak mula laser tu nurse tu bukak something yang macam vakum, idk apa benda tu sbeba tak nampak sangat yang pastu dia bunyi bising and bau macam vakum. Tapi tak panaslah sebab dalam bilik tu ada air cond. Aku tak sedar pun yang doktor tu dah mula 'bertarung' dengan ketuat aku. Sebab dia tak rasa apa-apa. Sumpah weh.. Aku tau pun sebab masa tu aku nak bergerak tapi nurse tu kata jangan bergerak, doktor tengah buat kerja, hiks,


Tapi ada jugak kadang-kadang sakit tapi dah biasa dah sebab ketuat ni memang kalau aku duk kat rumah saja-saja pun dia akan sakit. Aku berikrar nak tahan je even sakit macam mana pun sebab aku nak jadi macam orang lain, aku dah tak nak orang pandang aku macam aku ni raksasa. Tapi bila kadang-kadang sakit tu aku akan gengam selimut kuat-kuat pastu doktor tu akan berhenti and tanya aku 'sakit ke?' maybe dia nampak kot ye la dia kan duduk kat belakang kepala aku so mestilah dia nampak en aku buat apa.


Kadang-kadang rasa macam bau hangit sikit ye la kan laser tu membakar. Aku rasa tak samapi satu jam pun dia buat laser tu sebab aku rasa kejap je. After buat laser tu nurse ada sapukan ubat then dia bebrual dengan aku, tanya itu-ini. TBH aku suka nurse tu sebab dia baik sangat. Aku tak berani nak tengok cermin kat klinik tu sebab aku takut aku akan kecewa ceh. Lepas tu dia ada bagi krim and ubat antibakteria. Pastu dia kata lagi one month jumpa lagi dia nak tengok ketuat tumbuh balik ke tak,


Ohh ya, before buat laser tu dia ada cakap kemungkinan ketuat tu akan tumbuh balik but masa my dad tanya 'betul ke akan tumbuh balik?' the doc balas 'selama ni kat klinik ko tak pernah yang tumbuh balik but kalau kat klinik lain tak taulah' masa tu aku rasa kemungkinan tumbuh balik tu memang ada je even dia dah jamin tak pernah lagi pelanggan ko yang tumbuh balik ketuat. Yes aku memang negatif sebab aku paranoid. Pastu dia kata lagi dia akan laser sikit je, tak sampai habis sebab dia kata nanti kalau dia buat sampai habis dia risau kalau nanti berlubang, So lepas laser tu dia macam tinggal lagi sikit kesan ketuat tu and warna hitam (kesan terbakar tu). Nurse tu kata jangan sentuh benda tu sebab kat tanganlah paling banyak bakteria jahat and dalam one till two weeks benda tu akan tertinggal sendiri, Aku buat hari rabu ke hari khamis aku tak ingat tapi yang pasti hari ahad tu before aku balik asrama dia dah hilang, yang hitam tu dah tertanggal. Alhamdulilah. Oh, sebelum terlupa, kalau nak sapu ubat cream tu kena guna benda lain such as kapas or yang korek telinga tu.



Lepas je buat laser tu mama terus bawak aku shopping sebab laser tu langsung tak de kesan sampingan and tak de kena pantang-pantang makan apa semua. So lepas tu aku memang bahagia la bershopping cuma mama kata ada la sikt bau terbakar kat aku hahaha.





*sebenarnya doc tu kata asalnya ketuat aku ni jerawat tapi sebab aku suka picit jerawat sampai berdarah so bakteria tu merebak kat situlah. So girls, picit jerawat tu bahaya tau.






nanti next week aku kena gi jumpa doc lagi untuk appointment tu. Hope, dia bagi good new kat aku,




Susah kalau kau buat asrama ni macam mak bapak kau yang punya.

Susah kalau kau bawak phone pastu every time nak charge eyyyyyy tolonglah bawak plug sendiri.

Saturday, 21 March 2015

Crush

Semua mesti ada crush kan,

Pasti,

Well, kau semakin membesar kan, mestilah ada even sikit perasaan suka or adore kat someone yang berlainan jantina dari kau kan.

Bagi aku crush ni kau minat dia dalam diam,

Kau minat dia gila-gila tapi hanya kau, Allah and maybe kawan-kawan kau yang boleh dipercayai je yang tau kau suka kat dia,

Makanya,

Crush ni mahu tapi malu ke acaner ni?

Naaaahhhh, actually crush ni kau suka dia tapi kau tak bagitau dia

Okay,,,

Cakap pasal crush

Aku pun ada, well

Crush ni

Kalau akulah,


First,

Aku akan bagi dia nama samaran, 'abang hensem' maybe, 'abang sado' maybe. Kalau macam 'capital A' ke 'capital Z' ke, erghh, aku dah tak pakailah weh capital-capital ni. So out-dated okeh.



Second,

Bila aku nampak dia dari jauh, contoh dia jalan kat koridor kelas aku ke, automaticly aku akan kuatkan volume suara aku hanya untuk tarik perhatian dia even dia tak dengar pun senanya. Sobs. See, betapa tak senonohnya anak Azhan ni but who cares?



Third,

Kalau dia lalu sebelah aku ke ataupun aku jalan kat belakang dia ke apa ke, aku akan hentak kaki kuat-kuat. Motif? Nak tarik perhatian dia. Hahaha. (jangan mengutuk okey sebab aku sure, korang punya tahap kegembiraan-bila-berdepan-dengan-crush-korang lagi dahsyat dari aku)



Fourth,

Aku akan mula selidik pasal dia, stalk insta, fb, twitter, senang cerita semua akaun dialah. (TAPI SUMPAH AKU TAK KOREK DARI SENI PEREMPUAN SEBAB OHMYGOD AKU TAK PERCAYAKAN DIORANG. KALAU NAK STALK  PLEASE JANGAN LIBATKAN ORANG YANG LEBIH TUA DARI KAU. TAMBAH-TAMBAH KALAU YANG KAU MINAT TU SENI KAU, OKEH?). Bermula dari situlah aku jadi stalker tak bertauliah yang paling berjaya sebab aku dapat cari sanak saudara dia punya akaun insta and fb. Kalau boleh aku nak ambik alamat rumah dia and buat baik dengan parents dia supaya senang sikit aku nak rapat dengan dia. Hahahaha. Annoying gila aku. Bukan ke kalau nak kat anak kena ambik hati mak dulu, kan? TAPI (AGAIN huruf besar) bukan cara aku lah nak follow or add dia, hello, kalau nak stalk haruslah secara rahsia en. Kalau kau follow dia haruslah kantoi dowh.



Fifth,

Kalau aku tau dia ada suka kat orang lain, aku akan terus bandingkan aku dengan si-dia-bertuah tu. Kalau si dia tu memang tersangat-sangatlah better dari aku, I'll meroyannn tahap petala kelapan. SE RI US. Tapi kalau si dia tu kurang sikit dari aku, aku akan sedapkan hati aku, 'sokay gurl, you are better than her'. Tapi selalunya, si dia tu memang better dari aku. Huh. Betapa pahitnya sebuah realiti.



Lastly,

Yang ni yang selalu aku buat....

PAGI PETANG SIANG MALAM aku akan bercakap pasal crush aku je. Dia itulah dia inilah sampai dormmates aku menyampah dengan aku. Sorry dowh. Aku tak dapat nak kawal perasaan aku hahaha. Kau bayangkan, tengah kau makan, aku boleh sibuk mencelah semata-mata nak cakap pasal crush aku haha. Memang terus mati selera nak makan kau.



Ada crush ni best senanya tapi kau kena hati-hati sebab dari happy kau boleh sedih gila-gila.


Kalau crush kau single mingle tak pe,

Ni kalau crush kau ditakdirkan ada girlfriend,

Kau nak meroyan selama mana?

Kalau dia crush kat perempuan lain?

Kan dah jadi macam cinta tiga segi gitu



Tapi, cam biasa, kita manusia, fitrah nak suka orang tu memang tak de masalah. Tak salah pun kalau kau nak suka kat orang tu even dia dah berpunya tapi aku tak galakkanlah sebab kau-mungkin-akan-rosakkan-hubungan-orang-lain.



Kalau aku, masa nak cari crush aku akan pastikan dia single sebab sumpah, aku bukan nak bajet baik, aku akan rasa bersalah kalau suka kat someone yang dah jadi milik hak orang lain sebab aku berpegang pada 'kau rampas hak orang, orang akan rampas hak kau'



Sunday, 1 March 2015

All about woman


Perempuan.

Perempuan ni lemah

Perempuan ni jiwanya lembut

Perempuan ni tuturnya sopan santun

Tapi

Tu zaman dululah

Bagi aku zaman sekarang ni

Hmm

Perempuan lagi mengerunkan dari lelaki

Kalau dulu asal perempuan je baik

Asal perempuan je setiakawan

Asal perempuan je setia bagai nak rak

Asal perempuan je

Semua yang baik-baiklah

Sampai semua bangga menjadi seorang perempuan

Perempuan

Aduh

Susah nak cakap

Zaman sekarang ni bagi aku kualiti kawan memang zero, sifar

Masing-masing ya rabbi

‘Tak semua macam tu’ - peoples say

Ya aku tau

Aku cakap macam ni ‘like aku tujukan untuk semua perempuan tapi actually tak semua perempuan cenggini’ – peoples say

Tapi en

Betullah pepetah melayu

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Sebab dua, tiga orang jenis manusia cengginilah

Aku jadi paranoid dengan perempuan even aku pun seorang perempuan

Kau mungkin tahu

Atau

Mungkin juga tak

Atau

Tahu tapi buat-buat tak tahu atas nama

‘kita kan kawan’

Perempuan ni kan

Suka erm erm suka cakap belakang

Bagi aku

Perempuan ni memang lah drama queen terbaik abad ni

Di depan kau, dia memang kawan yang kau rasa dialah rakan terbaik yang kau cari selama  ni. 

Kawan yang kau rasa dia boleh pinjamkan bahu dia kat kau bila kau sedih, sakit, kecewa or luahkan perasaan kau apa semua

Tapi

Kat belakang

Ya Allah

Macam-macam dijajanya cerita pasal kau

Macam-macam yang dia umpat, kutuk, maki kau

Tapi

Kau tak tahu

Kau still anggap dia yang terbaik

Kau still doakan yang terbaik untuk dia

Kau still cerita yang baik-baik je pasal dia

Kau still back up  dia bila ada orang mengata dia

And

Bila

Tetiba

Angin tak der

Ribut tak der

Kau tahu sebuah kebenaran

 Kebenaran yang buat kau terkesima, terkedu, terkaku

Kebenaran yang buat kau rasa, kaulah manusia paling bodoh dalam dunia ni

Paling bengap sebab selama ni kau salah menilai dia

Kau jadi

Paranoid

Kau jadi

Takut

Dengan

Kawan yang berjantina perempuan

Ya

Kau tahu tak semua macam tu

Tapi

Itulah kenyataannya

Sekali kena tikam, kau tak mungkin akan jadi bodoh lagi macam dulu untuk biarkan pisang berbuah dua kali

Hey trust me

Bila kau nak berkawan dengan kawan yang baru

Kau akan overthinking

Fikir, fikir, fikir and fikir again

Kawan baru kau ni macam mana perangai dia

Macam yang dulu ke?

Lagi teruk ke?

So

Bila kau kawan dengan dia

Kau jadi fake

Kau jadi someone yang bukan diri kau

Kau sentiasa berhati-hati

Tak nak tersilap langkah langsung

Kau cuba jadi perfect

Kau nak tutup semua compang camping kekurangan kau

Kau tak nak orang mengata kat belakang kau lagi

Sampai kau tak sedar

Kau bukan kau yang dulu

Kau bagaikan jasad bernyawa yang mengaturkan jalan tegas untuk diri kau sendiri, supaya kau tak alpa, supaya orang tak dapat nak komen kau sana sini

Kau bukan kau yang dulu lagi

Kau jadi fake

Fake

Kau jadi takut untuk menghadapi dunia realiti

Sebab

Kau terlalu fikirkan apa yang orang akan judge kau esp perempuan sebab kata-kata diorang memang sentap, menikam menusuk kalbu jauh ke dasar  hati kau, merenggut keyakinan diri kau, buat kau jadi tak yakin diri

Kau jadi overthinking

Kau fikir negative je

Kau tak tahu

Kau mungkin lupa

Apa pun yang kau buat orang akan tetap judge kau

Orang tetap orang

Manusia tetap manusia

Mulut akan tetap menjalankan fungsi

G

O

S

S

I

P

Till the end of their life

Poor them

Sampai bila nak hidup bergantung dengan menjaja cerita orang je?

Sampai bila?

Memang lifeless!





So……




Pedulikan mereka

Tak semua perempuan cam tu ‘fikir baik’

Even hati kau tetap curiga

Even hati kau tetap was was

Gunakan akal kau, hasut akal kau suruh fikir baik

Sebab

Sampai bila kau nak jadi cenggitu

Jadi tak yakin diri

Jadi fake

Tu bukan kau yang dulu

Yang sentiasa happy gembira semua

Tu bukan kau

Bangkit

Bangkit

Sebab kelemahan kau buat diorang ketawa menang

Sebab kejatuhan kau buat diorang menari nari

Bangkit

Lawan diorang

Buktikan kau kuat

Setakat gossip

Umpat belakang keji maki semua

Alah

Tak lut la weh tak lut pun

Tetapkan dalam otak kau

‘perempuan tak leh tengok orang lebih dari dia’

Tetapkan dalam akal kau

‘kau takkan jadi cam tu sebab kau jenis perempuan yang lain. Perempuan lain, bukan perempuan  biasa yang berlonggok kat pasar malam’

Pedulikan diorang

Don’t give a damn

Don’t give a fuck

Teruskan hidup kau dengan kehidupan yang gembira je


Buat serabut je kalau kau duk fikirkan sangat pasal kerenah manusia yang memang takkan habis ni

Friday, 27 February 2015

Kerenah manusia


Manusia ni kan

Jenis dia

Pelik sikit

Kalau ikut logik

Semakin lama kita akan semakin sayang

Tapi

Dah nama pun manusia

Haruslah banyak kerenahnya

Haruslah banyak itu-ini nya

Banyak cekadak

Manusia ni

Semakin lama dia semakin

Ntah la nak kata cam mana

Tapi aku rasa

Semakin lama dia semakin tak ambil berat

Entahlah


Exp :

Kau kawan dengan dia, best buddy ah kiranya

Mula-mula tu korang rapat gila nak mati

Gi toilet sama-sama hinggakan kalau nak berak pun nak berak sama-sama

Kalau rehat pun nak makan sama-sama

Tidur pun nak satu katil

Bila sedih kau cari dia

Bila dia sedih dia cari kau

Buat homework pun sama-sama

Bila bercakap pun korang memang jaga hati masing-masing

Tapi

Lama kelamaan

Kau ngan dia dah tak rapat

Dia dah mula cari kawan lain

Kalau kau ajak gi toilet pun dia tak nak

Kalau kau nak pinjam bahu dia pun dia dah tak kasi

Dia jadi menyampah, meluat dengan kau

Bila cakap pun dia dah mula cakap lepas sampai terguris hati kau

Perasaan kau dia dah tak ambik peduli

Kau cari apa salah kau

Kau cari apa silap kau

Kau flashback balik sepanjang hubungan persahabatan korang

Kau rasa tak der satu pun salah silap kau

Kau jadi curious

Asal dia jadi cenggini?

Kau lupa

Manusia memang macam ni

Bila dah lama dia akan mula bosan, lupa and mula nak cari yang baru

Kenangan lama dia memang lupakanlah

Hmm

Manusia

Memang tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada

Aku tak kata semua manusia tapi

Memang 60% peratus manusia memang cenggini

Kau tahu tak lagu LET HER GO-PASSENGER

Alah

Tak mungkin la korang tak tahu

Lagu tu hot kot

Lirik dia pun

Memang

Sentap

Gila


Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
Will you let her go?

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go


Cuba jadi manusia tu

Yang ada akal

Bukan ada otak je cam kambing

Akal tu gunanya untuk berfikir

Cuba ah

Tinggalakan perangai-perangai yang amatlahhhhh

MENYAMPAH

Tu

Sampai bila kau nak berada kat takuk lama?

Cubalah move on

Manusia

Kau dah lama hidup


Kau tak takut ke kalau satu hari nanti orang akan buat benda yang sama kat kau?

Tuesday, 17 February 2015

Bumi ni roda

Bumi ni bulat

Macam roda

Berpusing-pusing

Atas bawah

Kiri kanan

Yang pasti

Semua akan merasa betapa pahitnya kena PIJAK

Pahit masin manis tawar kehidupan pasti kau akan rasa

Sedih gembira menangis gelak ketawa

Kau akan rasa

Pasti

Sebab kat dunia ni semuanya adil

Cuma kau je yang tak nampak

Cuma kau je yang buta menilai

Cuma kau je yang bodoh untuk mengertinya apa itu KARMA, permainan alam

Kau kutuk si polan dekat si polan

Si polan kutuk si polan dekat kau

Si polan kutuk kau dekat si polan

So

Si polan tu kena kutuk

Kau pun kena kutuk

Kau jangan fikir kau banyak kutuk orang, kau je yang bagus

Kau je yang betul

Orang takkan judge kau

No

Kau salah

Kau silap

Kan aku kata, dunia ini diibaratkan roda

Apa yang kau buat, kau pasti akan dibalas

Janji Allah tu pasti

Tak dapat balasan kat akhirat

Dapat cash kat dunia

Macam tulah

Kau kutuk orang

Orang kutuk kau balik

Karma tak ke mana weh

Tang tu tang tu jugak

Dia tahu bila masa dia akan datang kat kau

Cuma kau je yang tak tahu

So

Kalau kau tak nak orang BUAT kau

Kau jangan BUAT orang

Hidup kat bumi ni

Kita kena saling bertolak-ansur

Tambah lagi bila dalam Al Quran pun kata tak der mana-mana makhluk ciptaan tuhan yang perfect kecuali Allah yang Esa

So

Mulut tu zip

Jangan nak mengomen sana sini

Kalau kau jaga batas kau

Jaga limit mulut kau

Jangan mengata orang sana-sini

In sha Allah orang takkan SENTUH kau seinci pun

Jangan cari bala

Karang kau yang menyesal tak sudah

Bukan je pasal gossip, mengumpat tapi kalau kau fitnah orang jugak

In sha allah, suatu hari nanti kau akan difitnah lagi teruk dari apa yang kau buat fitnah sekarang

Masa tu

Padan muka kau

Ingat

ZAMAN SEKARANG NI ZAMAN

Allah bayar cash kat dunia

Doa orang teraniaya ni antara doa yang paling makbul tau

Kang dia doa kau mati kena langgar lori sebelum kau sempat bertaubat

Kau rasa kat mana TEMPAT kau nanti

?



Saturday, 7 February 2015

First Impression



FIRST IMPRESSION




First impression tu penting dude sebab dari situ orang akan menilai kau dari zero to hero. Kau tau kan, segala tingkah laku kau, cara percakapan kau, lengang lenggok tubuh kau, semuanya diperhatikan dan semua yang diperhatikan itu akan dijudge. Ohh trust me, benda ni betul kot. Okay, macamlah kau tak pernah judge orang kan? Okay contoh, kau jumpa sorang budak masa kau beratur nak beli KFC, and yeap kau tak kenal siapa dia and dia pun tak kenal siapa kau. Kau dah lama beratur berbaris panjang nak order KFC but budak tu selamba badak potong barisan kau. Kau marah tak? And guess apa yang kau fikir pasal budak tu. Kurang ajar. Biadap. Yeap. That’s it. Itulah first impression dude. Masa tu kau akan nilai dia tanpa fikir dah ayat paling famous abad ni TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Heh. Betapa annoyingnya dunia. Same goes kalau kau nak pergi temuduga, mesti kau akan buat yang terbaik, cakap pun sopan santun je, gigi lebih lembut dari lidah semata-mata nak ambil hati para penemuduga supaya dia ambik kau bekerja. Cuba kalau kau buat sikap kurang ajar, kau rasa dia nak terima kau tak? Ataupun dia kata, takpalah kita boleh berkenalan dulu ye la tak kenal maka tak cinta kan, so lepas dah berkenalan baru saya putuskan nak ambil awak bekerja atau tak. Heh. Of course la tak weh. Terus dia tendang kau keluar, adalah.


So di sini aku nak tegaskan…



Tunjukkanlah perangai yang baik sikit. Jangan kau ingat, jangan kau rasa kalau kau pergi satu tempat baru di mana tak der sapa mengenali kau, kau boleh buat perangai. Adehh.. Kau di zaman mana der, zaman kesultanan Melayu Hang Tuah ke? Ni zaman moden abad ke 21, setiap manusia yang bernafas di muka bumi ni ada satu TABIAT iaitu  SUKA MENGHAKIMI.




Aku tak kata kita tak boleh nak judge orang apa semua. Dah fitrah kot bila nampak something pelik sikit je mulut kau terus berfungsi nak komen macam-macam cuma kalau kau tak nak dilabel macam-macam, berubahlah.



Biar kau punya first impression kat orang, orang label kau WAH BUDAK NI BAIK even kau sebenarnya tak la baik mana pun..









K chaw


Saturday, 17 January 2015

Juduh


We don’t meet people by accident. They are meant to cross our path for a reason




Hidup kita semua dah ditentukan sejak dari dulu lagi, sebelum kita nampak dunia lagi.



Jodoh tu, cam biasa allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Setiap umat di muka bumi ini ada pasangannya, in sha allah..



Masa nak jumpa jodoh tu ada la macam-macam cerita. Boleh buat drama ni haha. So funny, sangattttttt.. macam dalam novel, kau baca novel, memang la jalan cerita yang sama GADUH GADUH LAMA LAMA BERCINTA or what so evarrrr, tu memang biasa, tak dinafikan. Memang agak klise. Tapi kau ada terfikir tak, cuba letak dalam dunia reality, tu semua tu, jalan cerita tu, hah, macam tu la jugak kisah hidup kau nanti. Semuanya dah ditetapkan dari dulu lagi, kau makan pukul berapa, mati bila, nanti siapa husband kau and macam mana kau jumpa husband kau. Terus jumpa ke atau lepas kau dah puas frust menonggeng dengan PUPPY LOVE kau, baru kau jumpa husband kau.. tu semua takdir..



Cause Allah tau apa yang terbaik buat hamba-Nya sebab DIA lah sebaik-baik perancaang..



Jangan mengeluh sana sini,



Kenapalah aku jumpa kau? (IF LELAKI TU KECEWAKAN KAU)

Kenapalah tak der sapa suka kat aku? (IF KAU TK DER BOYPREND)

Kenapalah kau muncul depan aku (LELAKI YANG TAK DIHADAP)



SEBAB

.
.
.
.
.


We don’t meet people by accident.

They are meant to cross our path for a reason.


MUNGKIN LEPAS KECEWA KAU AKAN BAHAGIA, SEPERTI MUNCULNYA PELANGI SELEPAS HUJAN



Friday, 16 January 2015

Move on


Don’t let past relationships ruin your future happiness


Because


From there you learn to be better



Past is past! BUANG MASA BAZIR TENAGA KERING AIR MATA kalau kau terus biarkan ‘hal’ semalam menghantui diri kau. Kau sepatutnya kuat sebab sekali kecundang tak bererti kau akan terus gagal. Macam kau belajar fizik la, mula-mula susah gila nak mampus asyik gagal je tapi lama-lama bila kau dah mula faham segala formula dia, kau siap boleh score A for fizik. Sama jugak dengan perhubungan cinta monyet ni. Sekali gagal tak bermakna kau akan gagal lagi. Selak balik kenapa dan bagaimana perhubungan kau boleh hancur berkecai jatuh menyembah bumi. Bila dah tahu apa yang menyebabkan perhubungan kau gagal, you must try to fix it. So bila kau dah mulakan perhubungan yang baru, kau takkan ulangi balik kesilapan yang sama tapi hakikat kita sebagai manusia, jatuh-bangun-jatuh-bangun tu adatlah. Tak semestinya kalau kau dah fixed sebaik mungkin kekurangan kau, kau akan jadi sempurna sebab tiada yang sempura dalam dunia ni. So.. Semat dalam otak kau,


Biar orang kata kau gila kerana kau teringin untuk terbang bebas seperti burung sedangkan kau tiada sayap.

Kau teringin untuk terbang bebas seperti burung – kau nak jadi sempurna

Sedangkan kau tiada sayap – sedangkan kau sedar dan tahu tiada yang sempurna or perfect 100 dalam dunia ni

*hei, sekarang ni dah boleh terbang okay even tak der sayap seperti burung*


Biar orang kata kau seperti mat jenin kerana mengimpikan sesuatu yang tidak pasti.

Mat jenin nak terbang? Dah gila ke apa?

*hello.. ni dah 2015. Bukan setakat TERBANG, kalau kau nak sentuh langit or sentuh bulan pun boleh.. Nak pergi melawat planet marikh pun boleh*


Biar,

Amalkan sikap lantaklah,

Amalkan budaya idgaf,

Sebab kau tahu KEBANYAKAN MANUSIA DALAM DUNIA NI MEMAINKAN WATAK KONON-KONONNYA SEORANG HAKIM DAN PENDAKWA RAYA BERTAULIAH YANG BOLEH MENUDUH DAN MENGHAKIMI ORANG LAIN DENGAN SESUKA HATINYA tanpa kau sendiri sempat untuk memainkan peranan sebagai seorang peguam bela.


SEBAB KAU TAHU MANUSIA TAK PERNAH BERFIKIRAN LUAS SEBELUM MENUTURKAN SESUATU PERKARA


Ya, memang tiada seorang pun yang sempura kerana manusia memang ada banyak cacat celanya yang kadang-kadang diri kau sendiri pun tak sedar.

Tapi tu tak bermakna kau tak boleh untuk menjadi sempura dalam erti kata lain

JADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM

Sampai bila kau nak duduk kat takuk lama sedangkan orang lain dah pun jejak kaki ke bulan? Jangan jadikan ‘hal’ semalam penghalang kau untuk bahagia sebab ‘hal’ semalam itu senanya permulaan untuk kau jadi lebih matang.